LAMAN WEB RASMI MUZIUM SABAH Sabah Museum Official Website

-A A +A

PAMERAN PERUBATAN ISLAM

03 May 2019 to 03 August 2019
 
Pameran Perubatan Islam ini dibangunkan bertujuan  untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada orang ramai tentang Perubatan Islam yang berteraskan Al-Quran dan Hadis serta bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan.
 
Pameran ini dibahagi kepada empat segmen dan dua artifak yang akan dipamer adalah peralatan berkhatan yang digunakan pada masa dahulu dan kitab Al-Quran tulisan tangan. Peralatan berbekam dan herba-herba hidup yang digunakan dalam perubatan Islam juga akan turut dipamer.
 
 
Majlis Pameran Perubatan Islam "Mengungkapkan Ilmu Perubatan Islam"
akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Assafal P. Alian, Pembantu Menteri Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sabah
pada 03 Mei 2019, jam 8.00 pagi
di Muzium Tamadun Islam, Jabatan Muzium Negeri Sabah.
 
 
Penyelaras:
Nur Adilah Abdullah
Tel: +60 88 238 501
Fax: +60 88 240 230