LAMAN WEB RASMI MUZIUM SABAH Sabah Museum Official Website

-A A +A

PAMERAN ASET KLASIK PERUBATAN BORNEO UTARA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

01 April 2018 to 30 April 2018
Pameran Aset Klasik Perubatan Borneo Utara merupakan sebuah jalinan usaha kerjasama di antara Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Jabatan Muzium Negeri Sabah. Pameran ini diadakan sempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia pada 7 April 2018.

Pameran ini berkonsepkan latar belakang suasana sebenar wad dan ruang rawatan perubatan yang menggunakan aset-aset perubatan klasik sekitar tahun 1970an dan 1980an. Pengunjung pameran yang hadir akan dapat merasai suasana wad dan ruang rawatan perubatan klasik sebenar disamping melihat koleksi gambar-gambar bersejarah. Selain itu juga, pengunjung pameran akan dapat menimba ilmu baru serta informasi berkenaan aset klasik perubatan serta khidmat nasihat kesihatan menerusi pameran yang diadakan.

Majlis Perasmian Pameran Aset Klasik Perubatan Borneo Utara akan diadakan pada 10 April 2018, jam 9.30pagi di Pentaran Bangunan Utama, Muzium Negeri Sabah dan akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Hj. Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah.

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Encik Dius Kubud
Tel: +60 88 225 033
Fax: +60 88 240 230