LAMAN WEB RASMI MUZIUM SABAH Sabah Museum Official Website

-A A +A

MAJLIS PERASMIAN PAMERAN KHAS SEMPENA PERAYAAN HARI JADI RASMI KE 64 TUAN YANG TERUTAMA

17 October 2017 to 31 December 2017

Tuan Yang Di-Pertua Negeri Sabah merupakan Ketua Negeri Sabah. Satu pameran dibangunkan bersempena dengan Hari jadi rasmi Tuan Yang Di-Pertua Negeri Sabah. Pada tahun ini, selain Pameran Khas Dirgahayu Tuan Yang Terutama, Jabatan Muzium Sabah juga mengadakan Pameran Khas "Wastra Borneo" serta Perasmian Pameran "Galeri Busana". Majlis Perasmian Pameran Khas ini disempurnakan oleh Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin Tuan Yang di Pertuan Negeri Sabah pada 17 Oktober 2017, jam 9.30 pagi di Kompleks Muzium Sabah. Orang ramai yang ingin menyaksikan Pameran Khas ini bolehlah berkunjung ke Muzium Sabah bermula jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Tiket masuk untuk pelancong asing ialah RM15 seorang dan pelawat tempatan RM2 seorang.

 

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi:

Encik Evren Subal

Tel: +60 88 225033, 216606
Fax: +60 88 240230