LAMAN WEB RASMI MUZIUM SABAH Sabah Museum Official Website

-A A +A

MAJLIS PERASMIAN PAMERAN KHAS "DIRGAHAYU TUAN YANG TERUTAMA" DAN "TAM: BADAK JANTAN TERAKHIR" SEMPENA HARI JADI RASMI TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH 2019

15 October 2019

Pameran "Dirgahayu Tuan Yang terutama" adalah berkisarkan kepada program-program sosial dan kemasyarakatan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah manakala "Tam: Badak Jantan Terakhir" pula berkisar tentang Badak Sumbu Sumatera jantan terakhir di Malaysia.

Majlis Perasmian Pameran Khas ini akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin pada 15 Oktober 2019 (selasa), jam 9.00 pagi di Kompleks Muzium Sabah.

Orang ramai yang ingin menyaksikan Pameran Khas ini bolehlah berkunjung ke Muzium Negeri Sabah bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari. Tiket masuk untuk pelawat asing ialah RM15.00 seorang dan pelawat tempatan RM2.00 seorang.

 
Penyelaras:
Encik Evren Subal
Tel: +60 88 225 033
Fax: +60 88 240 230